Satu foto yang dimuatnaik di Instagram pelakon, Puteri Sarah baru-baru ini telah mengundang persoalan ramai.
Foto itu seakan-akan menunjukkan perut pelakon berusia 37 tahun ini sedikit besar sehingga membuatkan warganet spekulasi beliau sedang hamil.
Bagaimanapun menurut pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini, beliau tidak hamil seperti yang diperkatakan, sebaliknya hanya mengalami pertambahan berat badan.
Dakwanya, beliau akui kini agak berisi kerana sedang bahagia selain meminta orang ramai mendoakan anaknya, Syaikul dan Sumayyah mendapat adik lagi.
Menjengah ke ruangan komen, warganet tampil dengan komen dan pendapat masing-masing selepas melihat kepada foto berkenaan.
Sumber: HMetro