Pertama Dalam Sejarah Negara, PPV Di Taman Dibuka Di Pulau Pinang!

Sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pulau Pinang mencatat sejarah di negara apabila menjalankan operasinya di sebuah di taman.

pertama dalam sejarah negara, ppv di taman dibuka di pulau pinang!

Inisiatif tersebut digerakkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), One Hope Charity & Welfare, yang berpusat di negeri terbabit.

PPV percuma itu didirikan di Shop-in d’Park Autocity, bertujuan untuk memberi ketenangan kepada mereka yang akan menerima suntikan vaksin, selain memberi suasana yang lebih segar kepada penerima vaksin yang telah lama berada di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

“Sekarang orang ramai tinggal di rumah, setiap masa di rumah, jadi kami fikir ada baiknya kami buka PPV konsep begini agar orang ramai yang datang ambik vaksin akan rasa lebih relaks, tidak takut untuk terima suntikan dan balik ke rumah dengan gembira,” ujar pengerusi NGO terbabit, Datuk Chua Sui Hau.

Lanjutnya lagi, seramai 70 tenaga pekerja terdiri daripada doktor, petugas kesihatan dan sukarelawan bakal terlibat ketika proses vaksinasi diadakan di pusat tersebut.

“Kami buka PPV ini untuk bantu kurangkan kes. Kami NGO pertama yang buka PPV disebabkan kami mempunyai pasukan kesihatan dan sukarelawan,” katanya.

Tambah beliau lagi, PPV yang telah mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu juga telah diperuntukkan dengan kos sebanyak RM1.5 juta bagi menjalankan operasi vaksinasi selama tiga bulan.

Pusat tersebut yang beroperasi di Shop-in d’Park Autocity Juru dibuka setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.

 

Sumber: [1]