Permohonan Pengeluaran KWSP i-Sinar Dah Dibuka Hari Ini

permohonan pengeluaran kwsp i-sinar dah dibuka hari ini

Ok ada sesiapa yang berhajat nak mengeluarkan duit daripada akaun KWSP melalui program i-Sinar?

Kalau anda mahu mengeluarkan wang simpanan dari Akaun 1, hari ni adalah masanya untuk membuat permohonan di https://isinar.kwsp.gov.my Jangan berlengah tau, nanti tutup dah tak dapat duit.

Untuk pengetahuan anda juga, KWSP telah membahagikan kepada dua kategori kriteria untuk kelayakan memohon i-Sinar.

Kategori 1- Semua pemohon layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, pekerja sektor ekonomi gig, mereka yang sudah lama tidak mencarum, mereka yang hilang pekerjaan, suri rumah atau mereka yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kategori 2- Ahli yang masih bekerja tetapi dikurangkan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan keatas, termasuk mereka yang dikurangkan gaji dan elaun, mereka yang ditpotong tuntutan kerja lebih masa selepas 20 Mac

Jadi, tentukan anda kategori yang mana terlebih dahulu supaya memudahkan untuk urusan pemohonan serta penyediaan dokumen.

Sumber: Astro Awani