Perlis Masih Catat Nilai Kebolehjangkitan Tertinggi Melebihi Kebangsaan

Perlis masih mencatatkan nilai kebolehjangkitan COVID-19 atau RT tertinggi iaitu sebanyak 1.38, melebihi nilai RT Malaysia iaitu pada 1.04.

perlis kini catat nilai kebolehjangkatitan covid-19 tertinggi di malaysia

Merujuk kepada data yang diperoleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat 20 Ogos 2021, nilai RT tertinggi dicatatkan juga Sarawak (nilai RT 1.31), dan Sabah (nilai RT 1.23). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

perlis masih catat nilai kebolehjangkitan tertinggi melebihi kebangsaan

perlis masih catat nilai kebolehjangkitan tertinggi melebihi kebangsaan

Dalam perkembangan lain, terdapat 22,262 kes harian yang pada 21 Ogos 2021, yang melibatkan 469 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 21,793 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Secara keseluruhan, 18,374 kes (82.5 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan itu ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

 

KKM turut memaklumkan sebanyak 223 kes kematian dilaporkan dengan 77 kes di Selangor, 27 kes di Sabah, 23 kes di Kedah, 20 kes di Pulau Pinang, masing-masing  18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka, 14 kes di Johor, 11 kes di Negeri Sembilan, tujuh (7) kes di Perak, lima (5) kes di Pahang, dua (2) kes di Sarawak, dan satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

Justeru orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan serta terus patuh kepada SOP ditetapkan.

 

Sumber: KKM