Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan data terkini yang diperoleh setakat 1 Ogos 2021 menunjukkan negeri Perlis mempunyai kadar kebolehjangkitan tertinggi di Malaysia iaitu dengan nilai Rt 1.53.
![perlis kini catat nilai kebolehjangkatitan covid-19 tertinggi di malaysia](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/perlis.jpg)
Ia diikuti dengan negeri Terengganu (nilai RT 1.35), Kelantan (nilai RT 1.25) dan semua negeri lain juga mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Labuan.
![perlis kini catat nilai kebolehjangkatitan covid-19 tertinggi di malaysia](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/e7too_evcaacgf4.jpg)
![perlis kini catat nilai kebolehjangkatitan covid-19 tertinggi di malaysia](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/e7too_evuams_gh.jpg)
Dalam perkembangan lain, sebanyak 17,150 kes harian telah dicatatkan pada 1 Ogos 2021, menjadilkan jumlah keseluruhan kes positif COVID19 di Malaysia kini terus melonjak kepada 1,130,422 kes. Berikut adalah status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 1 Ogos 2021:
- Kes sembuh : 11,326 kes (925,965 kes kumulatif, 81.9%);
- Kes baharu : 17,150 kes (1,130,422 kes kumulatif);
- Kes import : 1 kes (1 warganegara);
- Kes tempatan : 17,149 kes [14,443 warganegara (84.2%); 2,706 bukan warganegara (15.8%)];
- Kes aktif : 195,273 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,059 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 531 kes;
- Kes kematian : 160 kes (9,184 kes kumulatif, 0.81%; 140 warganegara, 20 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 3,702 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 23 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 2,586 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 1,116 kluster.
Daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan, sebanyak 745 kes (4.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 16,405 kes (95.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
![perlis kini catat nilai kebolehjangkatitan covid-19 tertinggi di malaysia](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/e7tosanvgaqh1yr.jpg)
Tambah KKM lagi, sebanyak 160 lagi kes kematian dicatatkan dengan 55 kes di Selangor, 25 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing 14 kes di Negeri Sembilan dan Johor, masing-masing 10 kes di Melaka dan Kedah, lapan (8) kes di Pahang, tujuh (7) kes di Sabah, enam (6) kes di Pulau Pinang, masing-masing empat (4) kes di Kelantan dan Perak, serta tiga (3) kes di Terengganu.
Sumber: KKM