‘Saya Dan Fattah Okey, Saya Faham Peminat Risau’ - Fazura Nafi Perkahwinan Bermasalah

Pelakon Fazura sekali lagi menafikan rumah tangganya bersama Fattah Amin sedang dilanda masalah. 

Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana cerita sebegini boleh tercetus sejak beberapa bulan lalu. 

“Sebenarnya saya tak tahu hujung pangkal daripada mana cerita ini bermula. Kawan-kawan mesej saya tanya hubungan dengan Fattah okey atau tidak.

“Saya faham peminat nak ambil berat sebab dah lama tak nampak kami bersama.

“Kalau ada spekulasi-spekulasi bertebaran di luar sana itu memang tidak betul. Saya dan Fattah okey,” katanya. 

Dalam pada itu, Fazura berkongsi tindakannya tidak berkongsi gambar bersama suami adalah untuk memberi ruang untuk menyebarkan kesedaran tentang peperangan di Palestin ketika ini.

“Secara jujur saya memang terhadkan posting di media sosial. Saya terkesan melihat mereka di Palestin.

“Jadi saya rasa tak okey tunjuk kemesraan bersama keluarga dalam media sosial. Saya tak nak tunjuk kebahagiaan bersama anak dan suami,” katanya lagi.

Sumber: Kosmo