Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Abdullah menyatakan bahawa berkemungkinan perang melawan COVID-19 akan terus berlanjutan di negara ini sehingga tahun depan. Walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, namun perjuangan melawan pandemik itu akan diteruskan.
Biarpun angka kes positif berkurangan dari masa ke masa, namun KKM tetap merangka strategi keluar yang terbaik buat masyarakat apabila PKP ditamatkan. Perkara ini diambil selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
“Masalah sekarang ialah bagaimana kita nak merancang strategi kita sampai tahun depan. Sekarang kita berjaya kurangkan kes, tapi kita tak dapat tamatkan kes. Mungkin akan jadi dalam kluster atau kes terpencil seperti kes sporadik.
“Hari ini, selain melaksanakan antibodi yang dicadangkan, kita juga membuat pemantauan terhadap kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dan gejala penyakit seperti Influenza (ILI) dalam kalangan komuniti.
"Kalau bertambah maksudnya virus itu masih ada dalam komuniti. Tapi sekarang dia makin berkurangan, itu satu indikasi baik untuk kita laksanakan atau rancang untuk tindakan masa depan,” katanya lagi.
Dr Noor Hisham turut menegaskan bahawa, selagi tiada vaksin yang boleh melawan COVID-19, selagi itulah KKM akan tidak bersikap sambil lewa.
Beliau juga berpesan agar masyarakat dalam mempraktiskan normal baharu seperti keluar rumah jika perlu sahaja, tidak menyertai sebarang perhimpunan, mengamalkan penjarakan sosial danselalu mencuci tangan serta amalan kebersihan yang lain.
Sumber: Astro Awani