“People Love Playing With Me, But Hate When I Play Back” - Fazura

Pelakon Fazura menarik perhatian ramai selepas berkongsi petikan kata-kata berkaitan motivasi hidup. 

 

“People love playing with me, but hate when I play back (orang suka bermain dengan saya tetapi benci apabila saya bermain kembali),” petikan kata-kata antara gambar tersebut.

 

Dalam hantaran yang sama, Fazura turut berkongsi beberapa gambar menunjukkan aktiviti hariannya seperti membuat kek cawan, bermain gim dan melayani anak perempuannya.

 

Perkongsian yang dibuat Fazura seolah menunjukkan bahawa dia enggan melayani kontroversi yang tercetus sejak kebelakangan ini.

 

Rata-rata netizen turut memberi sokongan buat Fazura untuk terus kuat menjalani kehidupan bersama anaknya, Nur Fatima Aisya.

 

Sumber: Kosmo