Penyokong Mungkin Kembali Ke Stadium!

penyokong mungkin kembali ke stadium!

Berita baik buat semua penyokong bola sepak tempatan. Ada kemungkinan untuk anda semua kembali menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium dalam masa terdekat. Ini selepas Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata pihaknya akan kemukakan cadangan tersebut kepada pihak MKN.

penyokong mungkin kembali ke stadium!

Namun ekoran situasi semasa COVID-19 di negara ini, Datuk Ab Ghani berkata cadangan tersebut hanya untuk individu yang telah menerima 2 dos suntikan vaksin. Jelasnya dalam sidang media yang diadakan secara maya, ia bagi memeriahkan lagi saingan Liga Malaysia seperti yang berlaku di beberapa liga luar negara. Jika diluluskan oleh MKN, peminat boleh menunjukkan sijil digital vaksinasi mereka di pintu masuk stadium sebagai bukti.

penyokong mungkin kembali ke stadium!

Datuk Ab Ghani juga berkata pihaknya tidak berharap jumlah penonton yang tinggi dibenarkan masuk ke stadium. Memadai jika peratus kemasukan sebelum ini dibenarkan atau dinaikkan sedikit jumlahnya oleh MKN. Ini kerana ia mampu memberikan sedikit kelegaan kepada pasukan selain menaikkan semangat pemain ketika beraksi.

penyokong mungkin kembali ke stadium!

Beliau yang baru dilantik menjadi Presiden MFL turut berharap cadangan tersebut akan diberi pertimbangan sewajarnya oleh MKN. Datuk Ab Ghani juga berazam untuk memastikan saingan Liga Malaysia dan Piala Malaysia musim ini berjaya ditamatkan. Ia sebagai salah satu harapannya ekoran saingan Liga Malaysia yang terpaksa dilanjutkan ekoran beberapa kes positif COVID-19. Selain itu, beliau akan berusaha keras untuk memastikan saingan Piala FA akan kembali dilangsungkan minggu depan selepas 2 tahun ditunda. Pasukan terakhir yang menjulang Piala FA ialah Kedah ketika menumpaskan Perak 1-0 pada 2019.

 

Oleh: Karami Kamel

ARTIKEL BERKAITAN