Penyelesaian Kepada Masalah Air, Dron?

Baru baru ini kerajaan Selangor mengumumkan peruntukkan sebanyak RM2 juta untuk membeli 4 biji dron DJI Matrice 300 bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk di sekitar Lembah Klang iaitu potongan bekalan air dari pelbagai masalah dari pencemaran yang dibuat oleh manusia. 

penyelesaian kepada masalah air, dron?

Dron ini akan digunakan untuk memantau sungai dan kawasan tadahan air bagi memastikan insiden pencemaran ini tidak berulangan. Persoalannya, apakah dron mencukupi?

Dron ‘industrial’ terbaru dari DJI, Matrice 300 ini mempunya kebolehan yang sangat bagus: 

  1. masa penerbangan 55 minit
  2. jarak penerbangan sehingga 15 km
  3. 6 sensor disekeliling dron untuk mengelakkan pelanggaran
  4. kalis cuaca IP45
  5. ‘payload’ ataupun camera yang canggih – mempunyai empat fungsi dalam satu, thermal, zoom yang sangat jauh, laser range finder dan camera biasa 12 megapixel, semuanya dalam 1. 

penyelesaian kepada masalah air, dron?

Secara teori sememangnya dron ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri untuk membuat pantauan jarak jauh yang diperlukan di sekitar kawasan tadahan air. 

Tetapi dari kelebihan di atas, terdapat kekurangan juga. Kos yang tinggi untuk menjalankan operasi ini adalah salah satu perkara – RM2 juta untuk 4 dron, di mana wang akan digunakan bukan sahaja untuk membeli dron tetapi dana tersebut akan digunapakai untuk menggaji pekerja disamping penyelenggaraan. Di samping itu, dron juga mempunyai risiko kemalangan dan sekiranya dron ini jatuh dan rosak, ini merupakan kos yang sangat tinggi. 

Jadi apakah alternatif selain dron?

  1. Penglibatan pihak berkuasa tempatan yang bersepadu dengan membuat pengawasan yang lebih terperinci dan lebih kerap. Kerajaan Selangor boleh mewujudkan ‘blue ocean strategy’ bersama agensi agensi kerajaan seperi PDRM, JPAM, Bomba serta majis perbandaran tempatan untuk membuat pemantauan bersama. 
  2. Kerjasama dengan komuniti orang asli yang berada di sekitar kawasan tadahan boleh juga diwujudkan. Dengan kerjasama ini, peluang pekerjaan boleh diwujudkan dikalangan komuniti orang asli yang menjadikan kawasan itu sebagai tempat tinggal dan akan menaikkan taraf hidup orang asli. Bukan itu sahaja, komuniti orang asli sememangnya mereka sudah biasa dengan kawasan ini boleh mengenalpasti kawasan manakah yang perlu diberi pengawasan terperinci.

Apapun jalan penyelesaiannya, yang penting bekalan air di sekitar Lembah Klang tidak lagi terputus disebabkan pencemaran yang dilakukan oleh manusia. Semoga usaha semua pihak berhasil dalam menangani pencemaran air!

Oleh: Syed Mohd Latiff