Penutupan Sekolah Tertakluk Kepada Nasihat KKM dan MKN!

Peningkatan kes harian Covid-19 semestinya membimbangkan ibu bapa terhadap anak-anak di sekolah.

Tambah-tambah lagi kes harian Covid-19 meningkat secara mendadak sejak akhir-akhir ni, paling tinggi 691 kes!

Buat masa ini, berdasarkan perutusan khas Perdana Menteri semalam, hanya sekolah di zon merah sahaja diarahkan tutup.

penutupan sekolah tertakluk kepada nasihat kkm dan mkn!

Kawasan yang terlibat ketika ini antaranya Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna di Sabah.

Sebarang keputusan penutupan sekolah katanya bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara mengikut keperluan dan situasi Covid-19.

penutupan sekolah tertakluk kepada nasihat kkm dan mkn!

Yang terbaru, Timbalan Menteri Kesihatan pun cakap sekolah masih dianggap tempat yang selamat untuk pelajar kerana pelaksanaan SOP yang ketat.

Penjarakan fizikal masih terkawal dan orang luar tak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah atau asrama dalam usaha mencegah Covid-19.

Semua orang mesti berdebar-debar nak tunggu perutusan khas daripada Perdana Menteri petang semalam, kan?

Macam-macam soalan yang difikirkan, mungkin ke PKP akan dikuatkuasakan semula? Semua industri kena tutup balik ke? Boleh tak rentas negeri?

penutupan sekolah tertakluk kepada nasihat kkm dan mkn!

Jawapannya, PKP tidak akan dilaksanakan buat masa ini tapi, Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar hanya akan dilaksanakan di kawasan yang terjejas teruk dengan Covid-19 sahaja.

Fuhhhh, legaaa.

Tapi, jangan terlampau selesa sangat! Kalau kita abaikan SOP, tak mustahil PKP akan dilaksanakan pada masa akan datang!

Sebenarnya, tak kisahlah ada PKP ada atau tidak, tanggungjawab kita sekarang ini adalah patuhi SOP dan jangan leka.

Setiap SOP yang ditetapkan tertakluk buat semua rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat, umur atau bangsa.

Ingat, Covid-19 boleh menyerang sesiapa sahaja kalau langkah pencegahan diabaikan.

Dengar Cakap Abah, Kalau tak Abah rotan!

Oleh: Izzati Amir