Penonton di TouERA Alor Setar Sanggup Berdiri Lebih 5 Jam Dan Berakhir Meriah

penonton di touera alor setar sanggup berdiri lebih 5 jam dan berakhir meriah

TouERA 2022 yang berlangsung di Aman Sentral Alor Setar baru-baru ini berlangsung meriah dengan kehadiran ribuan penonton.
 
Ia merupakan lokasi terakhir TouERA 2022 yang turut menampilkan barisan penyampai Radio ERA seperti Nabil Ahmad, Azad Jasmin, Radin dan Ray.

Pelbagai aktiviti dan persembahan nyanyian disajikan kepada penonton dengan riuh rendah.

Antara penyanyi yang tampil buat persembahan seperti Nabila Razali, Siti Nordiana, Aiman Tino dan Andi Bernadee.

Menurut krew 3pagi ERA, Radin tidak menyangka penonton dari Alor Setar sangat bersahaja dan penuh semangat.

“Bagi saya ini satu pengalaman yang cukup menakjubkan kerana semangat yang dibawa penonton meresap ke dalam diri saya.

“Kesetiaan mereka itu amat luar biasa sehingga sanggup berdiri lama lebih 5 jam menonton persembahan kami.

“Saya harap semangat yang ada pada mereka terus kekal bersama ERA yang telah lama mendominasi industri radio tanah air.

penonton di touera alor setar sanggup berdiri lebih 5 jam dan berakhir meriah

Dalam pada itu, penyampai radio Gempak Hitz ERA, Isha Norsham pula berpendapat tidak menyangka sambutan yang diberikan penonton sungguh padu.

“Syukur Alhamdulilah, saya pada mulanya rasa takut, bimbang tiada penonton yang akan menyokong jelajah kami.

‘Namun jangkaan saya itu meleset, secara tiba-tiba penonton membanjiri di hadapan pentas serta menyanyi bersama-sama dengan penyanyi kesukaan mereka,” katanya.

penonton di touera alor setar sanggup berdiri lebih 5 jam dan berakhir meriah

TouERA 2022 telah berlangsung di empat lokasi iaitu di Plaza Angsana Johor Bahru, Mydin Meru Raya Ipoh, Mydin Mall Seremban 2 dan Aman Sentral Alor Setar Kedah.

 

Oleh: Syahdeen