Tol Percuma, Pengguna Lebuhraya Masih Perlu Sentuh Kad TnG

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tol percuma serta potongan harga hingga 50 peratus kepada pengguna lebuh raya utama negara bermula jam 12 tengah malam Sabtu ini hingga 11.59 malam 1 Mei 2022.

tol percuma, pengguna lebuhraya masih perlu sentuh kad tng

Ekoran itu, pengguna Lebuhraya PLUS khasnya masih perlu mematuhi peraturan ditetapkan ketika di plaza tol termasuk syarat menyentuh kad Touch ‘n Go.

.

Perkara itu diumumkan Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata syarat itu adalah bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik, namun tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad mereka.

tol percuma, pengguna lebuhraya masih perlu sentuh kad tng

"Pengguna yang memilih menggunakan RFID juga perlu memastikan masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID sahaja. Sepertimana kad Touch 'n Go dan SmartTAG, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada e-dompet mereka," katanya.

.

Pengguna juga dinasihatkan untuk memeriksa status kad TnG masing-masing sebelum memulakan perjalanan. Ia termasuk juga memeriksa laluan menggunakan aplikasi Waze atau Google Map bagi merancang perjalanan sepanjang musim perayaan ini.

tol percuma, pengguna lebuhraya masih perlu sentuh kad tng

Sumber: [1], [2]