Pengembara Dari Singapura Akui Kuih Raya di Malaysia Sedap

Meskipun baru seminggu kita berada dalam bulan Ramadan, orang ramai dilihat sudah mula membeli belah barang keperluan bagi meraikan Aidilfitri.

.

Tambah pula dengan pengumuman pembukaan sempadan negara, pengembara dari Singapura juga tidak lepaskan peluang untuk membeli belah barangan keperluan di Johor.

.

Memetik laporan dari Kosmo!, tinjauan di Angsana Mall, Johor Bahru mendapati pengembara dari Singapura mengambil kesempatan membeli belah dalam negara selepas pembukaan sempadan Johor-Singapura.

.

“Saya rasa rindu dan seronok dapat datang ke Angsana Mall, bolehlah mencari barang keperluan, baju raya dan kuih-muih yang sedap di Malaysia.

“Kuih di sini berbeza dengan di Singapura, tekak saya rasa kuih di sini lebih sedap, saya teringin sangat nak makan kuih bangkit cheese dari Johor,” kata Mohd. Alfian Abd. Rahim, 34, yang teruja apabila dapat pulang bersama keluarga selepas dua tahun berjauhan.

pengembara dari singapura akui kuih raya di malaysia sedap

Beliau yang juga pekerja bidang farmaseutikal di Singapura turut meluahkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga pada tahun ini.

.

Sejak pengumuman pembukaan sempadan negara mulai 1 April lalu, ramai dilihat mengambil peluang ini untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dan membuat persiapan Ramadan serta Aidilfitri, baik di dalam mahupun luar negara.

.

Sumber: [1]