Pengawal Peribadi Kesal Netizen Tuduh Dirinya Teman Lelaki Fazura

Pengawal peribadi kepada pelakon Nur Fazura akui kesal dengan komen sesetengah netizen yang menuduh dirinya sebagai teman lelaki Fazura. 

Pengawal peribadi yang dikenali sebagai Shahaszrin berkongsi dalam InstaStorynya, ada netizen yang menuduh nya sebagai teman lelaki Fazura.  

“Jangan menangis. Boyfriend (teman lelaki) kat belakang tu,” demikian komen netizen merujuk kepada video Fazura sewaktu ditemu bual pihak media di mahkamah baru-baru ini.

“Ikut sedap saja nak tulis kan. Standby (siap sedia) ya mak cik. Jangan nanti kata cucu yang main TikTok.

“Mak cik dah fitnah saya. Mak cik tahu apa yang mak cik kena buat kan kalau tak nak benda jadi panjang,” tulisnya.

 

Sumber: Kosmo