Pendaftaran Vaksin COVID-19 Secara Percuma Kini Dibuka Di Sarawak

Penduduk di negeri Sarawak kini boleh melakukan pendaftaran bagi mendapatkan vaksin COVID-19 secara percuma.

pendaftaran vaksin covid-19 secara percuma kini dibuka di sarawak
 
Pendaftaran itu boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahtera di telefon bimbit masing-masing, atau menghubungi hospital, klinik dan juga pejabat daerah terdekat.

cara aktifkan notifikasi vaksin covid-19 pada mysejahtera
 
Ia disahkan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam satu kenyataannya semalam.
 
Tambahnya lagi, orang ramai perlu berhati-hati untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan individu tidak bertanggungjawab yang kononnya cuba membantu membuat pendaftaran itu.
 
Malah, orang ramai juga tidak harus memberikan maklumat peribadi seperti kad pengenalan kepada mereka yang ini kerana dikhuatiri berlaku penyalahgunaan.


Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk kepada laman web www.vaksincovid.gov.my .

 
Sumber: Astro Awani