Penduduk Kuala Lumpur Antara Yang Banyak Terbeban Dengan Kerja- Kajian

penduduk kuala lumpur antara yang banyak terbeban dengan kerja- kajian

Satu firma yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Kisi telah menjalankan satu kajian dan mendapati pekerja di bandar raya Kuala Lumpur merupakan antara yang paling lama waktu kerja.

Kajian itu juga menunjukkan penduduk KL banyak menghabiskan masa berulang-alik ke tempat kerja jika nak dibandingkan dengan penduduk bandar di negara lain.

Bukan itu sahaja, kajian ini menunjukkan Kuala Lumpur antara bandar yang minimum hari percutiannya dengan hanya lapan hari sahaja. Malaysia berada di tangga keempat untuk carta iini.

Bandar yang paling tinggi dengan bebanan kerja ialah Hong Kong, China berkongsi temat pertama, Singapura berada di ranking kedua, Seoul, Korea Selatan di tempat ketiga. Manakala, Tokyo, Jepun berada di belakang Kuala Lumpur Malaysia.

Sumber: Astro Awani