Buat pemohon kemudahan i-CITRA, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan pembayaran akan mulai dibuat secara berperingkat mulai 2 Ogos ini.
KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan mengambil masa satu hingga tiga hari, mengikut prosedur bank masing-masing.
Sebelum ini, permohonan pengeluaran i-Citra telah mula dibuka mulai 12 Julai lalu melalui laman sesawang rasmi i-Citra. Ahli yang memohon juga diminta untuk menyemak status bayaran terkini melalui i-Akaun.
Bayaran bagi i-Sinar untuk bulan Ogos telah diawalkan pada 26 dan 27 Julai, dan pengkreditan akan mengambil masa 1 sehingga 5 hari mengikut prosedur bank.
Sumber: Astro AWANI