“Sopan Je Masa ‘Free Palestin’, Sekarang Semua ‘Free’ Tengok,” Nadia Brian Dikecam Netizen

Pelakon, Nadia Brian telah mencuri perhatian warganet apabila dilihat menggayakan pakaian jenis gaun kulit singkat, baru-baru ini.

 

Pakaian itu jelas menonjolkan keseksian pelakon berusia 32 tahun ini, ditambah pula dengan rambut palsu berwarna perang, hingga membuatkan ruangan komen beliau dihujani dengan pelbagai respons daripada warganet.

 

Melihat kepada tarikh pada gambar, dipercayai ia diambil pada malam sambutan Krismas, baru-baru ini.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nadia Brian (@nadia.brian)

 

Rata-rata warganet mempertikaikan aksi ‘berani mati’ pelakon ini, berbeza dengan penampilan sopannya sebelum ini ketika memperjuangkan isu peperangan yang melanda bumi Palestin.

“sopan je masa ‘free palestin’, sekarang semua ‘free’ tengok,” nadia brian dikecam netizen

Bagaimanapun ada juga sebilangan peminat yang memujinya mirip artis antarabangsa seperti Britney Spears dan Cameron Diaz.

 

Sumber: Instagram