‘Romantik Dan Kelakar’ - Peminat Tak Jemu Tengok Neelofa Dan Haris Ismail

Kehidupan perkahwinan antara pengacara terkenal Neelofa dan suaminya, Haris Ismail sentiasa mendapat perhatian peminat di media sosial mereka. 

‘romantik dan kelakar’ - peminat tak jemu tengok neelofa dan haris ismail

Mana tidaknya, selepas berkahwin pasangan bahagia ini sentiasa dilihat berkongsi video “sweet dan romantik” sehingga boleh membuatkan peminat tersenyum melihat mereka. 

Baru-baru ini sebuah video di TikTok yang dikongsi oleh @lofa.world, Neelofa dan Haris dilihat sedang duduk di sebuah meja makan dan Haris dilihat memberi “pick up line” yang sweet tetapi kelakar kepada Neelofa. 

Menerusi video tersebut Haris dilihat menyuruh Neelofa untuk pusing ke belakang dan tengok dirinya di dalam cermin.

 

@lofa.world 😂😂😂 #Neelofa #HarisIsmail #FYP #fypシ ♬ original sound - lofa.world

“Eh Ya Allah! Jangan tengok, jangan tengok. Kalau nak tengok boleh tengok slow-slow. Sebab sangat terpesonakan kita. Kalau kita tengok benda itu”, kata Haris. 

Selepas faham dengan pick up line Haris itu, Neelofa tersenyum manis dan malu-malu melihat dirinya di dalam cermin itu. 

Rata-rata komen netizen pula ramai yang tersenyum melihat gelagat pasangan ini dan tidak jemu untuk tengok video tersebut berulang kali. 

‘romantik dan kelakar’ - peminat tak jemu tengok neelofa dan haris ismail

‘romantik dan kelakar’ - peminat tak jemu tengok neelofa dan haris ismail

Sumber: Tiktok @Lofa.world