Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada 27 Julai lalu.
![peminat teruja lihat wajah anak sulung remy ishak, “iras bapa sangat ni,”](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-11-15-at-12-55-20-pm.png)
Sejak dari itu, pasangan ini tidak berkongsikan wajah anak lelaki mereka itu kepada umum, sehinggalah buat pertama kalinya ia ditunjukkan kepada umum, baru-baru ini menerusi hantaran di Instagram.
Menerusi hantaran itu, Remy menitipkan rasa syukur dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Tuah Alam.
![peminat teruja lihat wajah anak sulung remy ishak, “iras bapa sangat ni,”](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/anakremyishak.jpg)
“Thank you, aunties uncle, acik-acik sudi tonton #ohbabyremy 1st episode tadi, kenalkan anakanda kami Tuah Alam Remy Ishak. Terima kasih Tuah, hadir dalam hidup Ayah & Bonda 😚. Doa yang baik-baik untuk keluarga kecil kami,” ujar Remy.
Menerusi hantaran komen, rata-rata peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah dan juga menitipkan doa, malah turut memuji kecomelan wajah Tuah Alam yang dikatakan mirip wajah Remy.
![peminat teruja lihat wajah anak sulung remy ishak, “iras bapa sangat ni,”](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/komen-anak-remy.png)
Terdahulu, Remy Ishak dan Ezza Yusof selamat mendirikan rumahtangga pada 21 Ogos 2021, selepas tujuh tahun mengenali hati budi masing-masing. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan cahaya mata pertama pada jam 11.17 pagi disebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.
![peminat teruja lihat wajah anak sulung remy ishak, “iras bapa sangat ni,”](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-11-15-at-12-53-52-pm.png)
Sumber: Instagram