Pelakon, penyanyi dan model yang berasal dari Malaysia, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam atau lebih dikenali sebagai Meerqeen mempunyai kumpulan peminat yang cukup besar.
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuatnaik di Instagram @alesya_ariana_balqis menunjukkan Meerqeen kelihatan segak dengan blazer hitam serta make up seakan-akan selebriti dari Korea.
![peminat terhibur dengar meerqeen cakap korea, handsomenya oppa.. [video]](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-10-19-at-3-08-45-pm.png)
Video pendek itu menunjukkan Meerqeen berjalan sambil bercakap menggunakan bahasa Korea.
![peminat terhibur dengar meerqeen cakap korea, handsomenya oppa.. [video]](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-10-19-at-3-08-30-pm.png)
"Handsomenya dah macam Oppa Lee Min Ho," tulis penerangan pada kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dilihat memuji penampilan Meerqeen dan terhibur dengan gelagat pelakon kacak itu apabila bercakap dengan menggunakan bahasa Korea.
![peminat terhibur dengar meerqeen cakap korea, handsomenya oppa.. [video]](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/komen-meerqeen.png)
Sumber: Instagram