Siri drama yang ditayangkan menerusi slot Megadrama di Astro Ria ini nyata berjaya menambat hati para penontonnya.
Chinta Wrong Direction yang menampilkan Hun Haqeem dan Erysha Emyra sebagai pelakon utamanya, bukan sahaja berjaya mencuri perhatian menerusi lakonan dalam drama tersebut, malah beberapa update di media sosial mereka sendiri.
Terbaharu, Hun Haqeem yang membawa watak sebagai Raja Akid dalam drama berkenaan, berkongsi beberapa foto bersama pasangan dramanya itu, di Instagram.
Foto yang menunjukkan Hun sedondon berpakaian serba putih bersama Erysha itu kelihatan sangat ‘sweet’ hingga ada peminat yang mengesyaki mereka benar-benar pasangan bercinta.
Hantaran itu turut mengundang komen oleh Emyra sendiri, berserta emoji dan simbol tangan berbentuk hati.
Drama Chinta Wrong Direction telah pun berakhir dengan episod terakhirnya ditayangkan malam semalam (27 Julai).
Sumber: Instagram