“Ingatkan Ariana Grande Tadi,” Peminat Suka Warna Baru Rambut Eyka Farhana

Aktres, Eyka Farhana adalah antara pelakon wanita negara yang tidak asing lagi dalam industri hiburan.

eyka farhana tak tolak andai bersuamikan akhyar rashid, “ada jodoh, adalah..”

Mula bergiat aktif dalam lakonan sejak 2010, anak kedua dari empat beradik ini turut aktif di media sosial, berkongsi pelbagai perkembangan terkini termasuk aktiviti hariannya sendiri.

 

Terbaharu, pemilik nama sebenar Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 28, telah memuatnaik video Tiktok dengan rambutnya berwarna perang.

“ingatkan ariana grande tadi,” peminat suka warna baru rambut eyka farhana

Sekali pandang, warna baharu itu dilihat amat sesuai dengan penampilannya, sehinggakan ada netizen yang beranggapan wajahnya saling tidak tumpah mirip penyanyi antarabangsa, Ariana Grande.

 

@misseyka.f

😋

♬ Don't Matter - Album Version (Edited) - Akon

 

“Warna rambut itu memang sesuai dengan dia, cantik betul!

“Lawa, sudah seperti minah saleh. Ingatkan Ariana Grande tadi,” puji pengguna TikTok.

 

@misseyka.f

💓

♬ Cruel Summer - Taylor Swift

 

Dalam perkembangan lain, aktres ini tidak menolak andai dirinya berjodohan dengan kekasih hati, Akhyar Rashid, namun enggan bercerita lanjut mengenai hubungan itu kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier seni.

eyka farhana tak tolak andai bersuamikan akhyar rashid, “ada jodoh, adalah..”

Baca: Eyka Farhana Tak Tolak Andai Bersuamikan Akhyar Rashid, “Ada Jodoh, Adalah..”

 

Sumber: Tiktok Eyka Farhana