Nampak Mesra Dalam Video, Peminat Restu Jika Aedy Ashraf dan Daiyan Trisha Bercinta

Pelakon dan penyanyi jelita, Daiyan Trisha mempunyai bakat dan aura semulajadi yang pasti membuatkan ramai tertarik dengannya.

 

Dalam satu video yang dimuatnaik oleh pelakon, Aedy Ashraf, kelibat Daiyan Trisha dalam video itu telah mencuri tumpuan ramai.

nampak mesra dalam video, peminat restu jika aedy ashraf dan daiyan trisha bercinta

Video itu menunjukkan kedua-dua pelakon ini sedang berhibur dengan persembahan oleh penyanyi antarabangsa, Neyo. Bagaimanapun aksi mesra Aedy dan Daiyan dilihat secocok dan peminat rata-rata merestui andai mereka benar-benar bercinta.

nampak mesra dalam video, peminat restu jika aedy ashraf dan daiyan trisha bercinta

Tonton video disini:

 

@aedyxashraf

 

♬ original sound - Aedy Ashraf

 

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet membuat spekulasi sendiri dan merestui andai mereka bersama.

nampak mesra dalam video, peminat restu jika aedy ashraf dan daiyan trisha bercinta

Terdahulu, Daiyan Trisha kini tampil dalam siri drama baharu berjudul Projek High Council bersama-sama ramai pelakon hebat lain.

 

Sumber: Tiktok