Nampak ‘Baby Bump’, Ramai Peminat Ucap Tahniah Kepada Syasya

Bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal membuat perkongsian seakan memberi bayangan dirinya kini sedang berbadan dua. 

“Sedang mencipta keindahan untuk kehidupan saya sendiri,” 

“Satu perkara pada satu masa,” tulisnya lagi dalam hantaran Instagram.

 

 

Walaupun tidak menjelaskan perkara tersebut, rata-rata peminat tetap mendoakan kebahagiaan penyanyi tersebut. 

Dalam pada itu, ramai yang mendakwa kelihatan ketara bentuk ‘baby bump’ dan peminat turut membanjiri ucapan tahniah kepada Syasya. 

“Saya nampak baby bump la,” tulis seorang netizen.

“Baby bump ke itu? Alhamdulillah, tahniah kalau betul,” ujar pemilik akaun lain.

“OMG, mengandung. Tahniah,” komen pengikutnya.

Namun sehingga kini Syasya masih tidak memberi sebarang komen mengenai dakwaan tersebut. 

Sumber: Kosmo