Penyanyi, rapper dan pelakon, Noki K-Clique baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila dilihat memuatnaik video bersama seorang gadis di Tiktok.
![ada peminat merajuk lihat noki k-clique bersama ‘kekasih’? [video]](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-11-22-at-10-37-47-am.png)
Pemilik nama sebenar Ahmad Ikhwan bin Aji yang merupakan anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah, merupakan salah seorang ahli kumpulan K-Clique yang digilai ramai gadis di Malaysia.
Menerusi Tiktok @ezzanie.jasny, video berkenaan memaparkan Noki memakai pakaian serba hitam, sedondon dengan pelakon, Ezzanie disebuah tempat menjual buku, serta mereka kelihatan begitu selesa sambil memandang satu sama lain.
![ada peminat merajuk lihat noki k-clique bersama ‘kekasih’? [video]](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-11-22-at-10-37-38-am.png)
Video itu mencuri perhatian warganet, termasuk para peminat Noki sendiri, hingga ada yang cemburu dan merajuk dengannya.
![ada peminat merajuk lihat noki k-clique bersama ‘kekasih’? [video]](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/komen-noki-ezzanie_1.png)
Meskipun tidak didedahkan status hubungan mereka, jika itu jodohnya sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka bersama ya!
Sumber: Tiktok