Filem aksi, KL Gangster pernah menjadi satu fenomena sejak ia ditayangkan pada tahun 2011 lalu.
Diarahkan oleh Syamsul Yusof, filem yang membariskan Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan, Adam Corrie, Adi Putra dan ramai lagi ini nampaknya masih segar dalam ingatan peminat, tambah pula menerusi perkongsian foto pertemuan lejen ini, baru-baru ini.
"Sekian lama tak berjumpa. Hari ini Dragon, Shark, Malik, Jai dan Ajib kasi settle hal yang tak selesai. Maaf king & tailong . Lu tak diundang", tulis Adam Corrie pada kapsyen.
Menerusi Facebook Adam Corrie, foto pertemuan mereka baru-baru ini membuatkan peminat berharap agar adanya sambungan yang menggandingkan mereka semula.
Antara komen dari peminat adalah seperti:
“ Terbaik line up KL Gangster: The Finale.”
“KL gangster is Comeback..”
“Teruskan buat filem kl gangster lagi... biar bnyk mcm fast furious... hehehe”
Untuk rekod, KL Gangster dilaporkan sebagai filem buatan Malaysia pertama yang mencecah setakat kutipan RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan, sekaligus mengatasi rekod keseluruhan yang dipegang oleh Ngangkung pada tahun 2010.
KL Gangster mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama tiga tahun, sebelum diatasi oleh filem tempatan berbahasa Cina, The Journey, pada awal tahun 2014. Prekuel filem ini, KL Gangster 2 telah ditayangkan pada 3 Oktober 2013 diikuti oleh dua terbitan turunannya Abang Long Fadil pada 29 Mei 2014 dan Abang Long Fadil 2 pada 24 Ogos 2017.
Sumber: Adam Corrie / Wiki