Demi Mechamato, Ada Peminat Dari Jepun Sanggup Terbang 5,134km Ke Malaysia!

Filem komedi aksi animasi yang dihasilkan oleh Animonsta Studio dan diedarkan oleh Astro Shaw ini mempunyai pengaruh yang cukup kuat.

demi mechamato, ada peminat dari jepun sanggup terbang 5,134km ke malaysia!

Mana tidaknya, selepas 15 hari ditayangkan, Mechamato Movie telah memperoleh jumlah kutipan RM22.5 juta oleh penonton dari segenap usia.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mechamato (@mechamato)

 

Siapa sangka, filem animasi arahan Nizam Razak ini mendapat sambutan cukup luar biasa bukan sahaja dari dalam negara, malah dari peminat negara lain juga.

 

Seorang peminat dari Jepun sanggup terbang sejauh 5,134 km untuk ke Malaysia demi menonton filem Mechamato Movie secara langsung di pawagam.

 

“Tempat bersiar-siar di Malaysia, makanan yang lazat, saya menantikannya!

“Tetapi, ada sesuatu yang saya nantikan! “Akhirnya saya dapat melihat versi filem Mecha Amato dengan mata kepala saya sendiri!”, tulis peminat dari Jepun itu dalam bahasa asalnya.

 

 

Hantaran itu turut mendapat perhatian ramai khususnya rakyat Malaysia yang berterima kasih kepadanya kerana sanggup untuk datang sejauh itu demi menyokong filem buatan anak Malaysia ini.

 

 

 

 

 

 

Mechamato Movie mengisahkan seorang budak lelaki bernama Amato menemui robot berkuasa MechaBot selepas sebuah kapal angkasa misteri terhempas di Bumi. Amato kini boleh menggunakan keupayaan istimewa MechaBot untuk Mechanize objek biasa menjadi peranti berteknologi tinggi kerana kejayaannya mengakali robot tersebut dan menjadi tuannya. Tanpa diketahuinya, makhluk asing sibernetik Grakakus sedang mengejar MechaBot dan tidak akan berhenti untuk mendapatkannya untuk tujuan jahatnya sendiri.

 

Sumber: Twitter