Penyanyi, Najwa Latiff baru-baru ini terpaksa tampil menjelaskan dakwaan kononnya beliau kini sedang hamil anak pertamanya bersama suami, Akwa Arifin.
Khabar angin yang mendakwa penyanyi berusia 29 tahun itu sedang berbadan dua hangat diperkatakan ramai, khususnya di media sosial.
Ekoran itu, Najwa tampil menafikan khabar tersebut kerana tidak mahu membuatkan peminatnya tertanya-tanya.
“Tidak, saya tidak hamil. Saya kena jawab tentang perkara ini kerana takut nanti selepas sembilan bulan tidak ada anak, anda semua akan tertanya-tanya.
“Jadi saya tidak hamil dan doakan yang baik-baik. Terima kasih,” tulis beliau menerusi hantaran di Instagram Stories.
Terdahulu, ada segelintir peminat mendakwa penyanyi itu sedang berbadan dua selepas dilihat tampil berbeza ketika membuat persembahan pentas, baru-baru ini.
Untuk info, penyanyi yang popular dengan lagu Kosong Kosong itu telah mendirikan rumahtangga bersama Akwa Arifin pada November 2022, dalam sebuah majlis tertutup di Batu Pahat, Johor.
Sumber: Instagram