Pelawak Solo Akui Sudah Lafaz Cerai Talak Satu Terhadap Isteri

Pelawak solo, Hilmy Ashley mengesahkan sudah menceraikan isterinya, seorang wanita Bosnia yang dikahwini sedekad lalu.

pelawak solo akui sudah lafaz cerai talak satu terhadap isteri

Menurut pemilik nama sebenar Muhd Ibrahim Hilmy Noor Mohd Ashley, 38, beliau telah melafazkan talak satu terhadap isterinya, Hedri di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis lepas.

 

Hilmy yang juga peserta program Maharaja Lawak Mega 2018 akui tidak kuat untuk melafazkan cerai kerana masih sayangkan isteri dan anak-anaknya.

pelawak solo akui sudah lafaz cerai talak satu terhadap isteri

“Mula-mula kami ke mahkamah pada 22 Mac untuk kes perceraian ini, tetapi saya tak cukup kuat untuk lafazkan cerai kerana masih sayangkan Hedri.

“Kemudian saya minta mahkamah tangguhkan kerana mahu berbincang semula dengan isteri saya. Lagipun saya masih sayangkannya serta anak-anak.

“Di luar mahkamah, saya terserempak dengan Shuk Sahar yang mengakui baru sahaja menceraikan isterinya Sera.

“Semasa berbual, Shuk sempat menasihati saya supaya pertimbangkan baik-baik sebelum membuat keputusan.

“Nanti dah bercerai, anak-anak akan jauh. Shuk kata, nak berulang alik dari rumahnya di Pulau Pinang ke Sabah semata-mata untuk melawat anak bukanlah sesuatu yang mudah.

“Apatah lagi saya yang berkahwin dengan wanita Bosnia. Pastinya ia lebih mencabar,” akuinya.

 

Bagaimanapun Hilmy akui tidak dapat melawan takdir dan terpaksa akur untuk berpisah dengan Hedri pada 30 Mac lalu.

pelawak solo akui sudah lafaz cerai talak satu terhadap isteri

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk merujuk semula dengan Hedri namun beliau harus memperbetulkan dahulu kehidupannya.

 

Sumber: BOOM!