Inisiatif Menu Rahmah merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga serta dilakukan secara sukarela.
Setiap hidangan Menu Rahmah adalah bernilai serendah RM5 dan pengguna boleh menikmati pelbagai hidangan lazat serta cukup memuaskan selera.
Selain mendapat sambutan dari rakyat Malaysia, Menu Rahmah juga telah mencuri tumpuan seorang pelancong asing yang berasal dari United Kingdom ini.
Menurut beliau, idea memperkenalkan Menu Rahmah adalah suatu yang wajar dipuji memandangkan kos sara hidup kini semakin meningkat. Malah, beliau turut menyeru kerajaan UK untuk mencontohi Malaysia dalam meringankan beban rakyat seperti ini.
“Inflasi, kos sara hidup meningkat di negara-negara seperti UK dan mereka benar-benar bergelut untuk menyara rakyat mereka sendiri.
“Lihat apa yang Malaysia lakukan untuk membantu rakyatnya. Mereka telah mengeluarkan satu perkara yang benar-benar hebat iaitu Menu Rahmah, iaitu hidangan RM5 untuk orang ramai yang bergelut mencari rezeki,” katanya dalam videonya.
Video itu mendapat perhatian ramai dari pengikutnya dan juga sebahagian daripada rakyat di negara ini.
Sumber: Tiktok