Pelancong Ke Langkawi Guna Pesawat Tidak Perlu Surat Polis

Pelancong yang ingin ke Pulau Langkawi dengan menggunakan pesawat udara tidak perlu mendapatkan surat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

pelancong ke langkawi guna pesawat tidak perlu surat polis

Demikian menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan hanya pelancong yang menggunakan jalan darat dari luar negeri sahaja perlu mendapatkan surat kebenaran PDRM bagi tujuan rentas negeri dan sekatan jalan raya (SJR).

pelancong ke langkawi guna pesawat tidak perlu surat polis

Sementara itu, Langkawi boleh mula dikunjungi pelancong dalam negara bermula 16 September 2021, dengan syarat mematuhi kriteria prosedur operasi standard (SOP), termasuk dari negeri yang masih berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Bagaimanapun, ia tidak terpakai untuk mereka yang berada dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

 

Sementara itu tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi. Malahan, perlindungan insurans serta saringan COVID-19 juga adalah tidak diwajibkan.

 

Berikut adalah SOP yang perlu dipatuhi untuk projek perintis Pulau Langkawi;

i. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi;

ii. Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC;

iii. Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;

iv. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis;

v. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP;

vi. Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk:

✓ Penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gymnasium, lounge, dewan, Business Events (MICE), Acara Pelancongan dan Kebudayaan tertakluk kepada SOP Am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang

berkaitan;

✓ Aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial;

✓ Aktiviti Pelancongan Minat Khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yatching dan sebagainya);

✓ Aktiviti Eko Geo-Kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya);

✓ Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain;

✓ Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga; dan

✓ Lawatan Bersifat Akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, laman Padi.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN