Pelaksanaan PKP Akan Dinilai Semula Di Negeri Tinggi Kes COVID-19

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya di negeri-negeri yang sedang mengalami peningkatan kes positif COVID-19 mendadak akan dinilai semula oleh kerajaan.

pelaksanaan pkp akan dinilai semula di negeri tinggi kes covid-19

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia penting untuk dilakukan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang dibuat adalah berkesan untuk membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

 

“Kerajaan telah pun menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE), bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan COVID-19.

“Premis-premis ini akan diarah tutup jika dikesan telah dilawati oleh sejumlah besar mereka yang positif COVID-19,” katanya.

Menurutnya lagi, pendekatan itu selari dengan keputusan kerajaan untuk mengawal dan membendung penularan COVID-19 secara bersasar.

 

Dengan pelaksanaan itu, pemantauan setiap hari boleh dilakukan bagi mengenalpasti lokasi tumpuan awam yang amat berisiko tinggi.

 

Beliau sekali lagi menyeru orang ramai supaya sentiasa patuh SOP yang ditetapkan, elak daripada tempat sesak dan sempit bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat daripada jangkitan COVID-19.

 

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melalui kementeriannya mencadangkan agar pelaksanaan PKP di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak.

 

Sumber: Astro Awani