Pelakon Ruhainies berpendapat individu yang menyimpan rasa kebencian terhadap dirinya mempunyai masalah sendiri.
“Namun jawapan Tuhan di sebalik pertanyaan hambaNya adalah dengan mengatakan itu adalah masalah si pembenci dan bukan masalah individu yang dibenci,” katanya.

Walaupun tidak menjelaskan sama ada perkara ini ada kaitan dengan isu Ruhainies bersama bekas isteri Aliff Aziz atau pihak lain, Ruhainies hanya meletakkan emoji senyum dalam perkongsiannya.
Hingga kini, Ruhainies masih menerima kecaman ramai susulan kes khalwat dengan Aliff Aziz pada 8 Mac lalu.
Sumber: Kosmo