PDRM Tawar Diskaun 50 Peratus!

pdrm tawar diskaun 50 peratus!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan diskaun saman sebanyak 50%. 

Orang ramai perlu membayar saman secara online bagi menikmati ganjaran diskaun ini.

Pengguna perlu membayar saman mereka melalui laman web MyEG dan rilek.com.

Tawaran ini hanya dibuka bermula dari 18 Januari sehingga 1 Februari.

Baik settel kan saman-saman yang dah tertunggak tu. 

Dipetik dari Mstar, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias memberitahu tahun ini pihaknya akan lebih menekankan e-pembayaran bagi mana-mana pihak untuk melunaskan saman-saman tertunggak terutama sempena musim perayaan ini.