Pavilion Bukit Jalil, mengalu-alukan pengembangan antarabangsa daripada rantaian runcit gergasi Thailand, Siam Piwat, dengan membawa tiga jenama berunsurkan “Made in Thailand” pilihan eksklusif - Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT, hari ini.
Dengan kejayaan luar biasa ketiga-tiga jenama tersebut di Thailand yang berjaya menarik jutaan pelawat setiap tahun, kesemua jenama terbabit kini bertapak di Pavilion Bukit Jalil, khusus untuk rakyat Malaysia.
Berunsurkan elemen unik dan kreatif, ketiga-tiga Ecotopia, Absolute Siam, dan ICONCRAFT bertapak di bawah satu bumbung sekaligus mempamerkan hasil cetusan kumpulan usahawan tempatan Thai.
“Pelancaran Ecotopia, Absolute Siam, dan ICONCRAFT memberi peluang kepada pembeli tempatan dan antarabangsa untuk merasai pengalaman Thailand tanpa meninggalkan Malaysia. Pembeli kini boleh meneroka jenama baharu yang bermatlamat ini dan merasai pengalaman kreativiti dan kraftangan Thai yang terbaik melalui pemilihan barangan yang dipilih rapi di bawah satu bumbung, dengan konsep runcit yang unik dan mengasyikkan ini,” kata Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan, Pavilion Kuala Lumpur Sdn. Bhd., Perancang Runcit Pavilion Bukit Jalil.
Pembukaan tiga jenama itu merupakan pencapaian penting perkongsian antara Siam Piwat dan Pavilion Group, yang mengukuhkan aspirasi Siam Piwat untuk membawa kenyataan Thailand ke persada dunia.
“Kami berbangga kerana membawa produk PKS yang terbukti popular dalam kalangan warga asing ke negara yang mempunyai kuasa beli yang tinggi sambil membina kesedaran jenama dan pereka Thai di peringkat antarabangsa dengan pelancaran kedai Ecotopia, Absolute Siam dan ICONCRAFT pertama di luar Thailand. Selama lebih 10 tahun, Siam Piwat telah bekerjasama dengan beberapa agensi untuk menginkubasi usahawan Thai dengan melatih mereka cara mereka bentuk dan memasarkan produk mereka.
“Kami berbangga untuk meneruskan inisiatif kami dengan memberi mereka pendedahan untuk mempamerkan dan menjual produk mereka kepada khalayak antarabangsa dan memperkenalkan budaya Thai, reka bentuk moden yang kreatif dan kraftangan tradisional ke pasaran Malaysia. Kami berharap dapat bekerjasama dengan The Pavilion Group untuk meneruskan pengembangan antarabangsa kami dan untuk mengukuhkan lagi hubungan perniagaan Malaysia dan Thailand,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Perniagaan Runcit, Siam Piwat Co., Ltd.