Pat Candy Reda Miliki Dua Anak Autism

Bintang Gegar Vaganza 9, Pat Candy akui reda dan pasrah selepas memiliki dua anak istimewa yang mengalami sindrom Autism.

Katanya, ia merupakan dugaan yang sukar tapi perlu jalani dengan tabah dan sabar.

“Nak besarkan mereka berdua itu memang sukar kerana anak saya yang sulung, saya masih lagi mandikan dia, pakaikan baju dan lain-lain perkara lagi.

pat candy reda miliki dua anak autism

“Ini kerana anak saya yang sulung memang tidak pandai untuk memakai baju sendiri, kena saya yang bantu.

“Dari segi pertuturan pula, tak semua perkataan boleh sebut dengan sempurna, tapi saya akan cuba memahami dengan cara saya sendiri,” katanya kepada portal SYOK.

Tambah Pat, dia paling kasihan terhadap suaminya Edrie kerana dia turut risau jika berlaku apa-apa terhadap dia dan saya.

“Edrie selalu komunikasi dengan anak-anaknya seperti ajak berbual-bual tetapi anaknya tidak mampu bertutur seperti anak-anak orang lain.

“Apa-apa pun saya akan menjaga mereka sehingga sedaya upaya meskipun ada orang sekeliling tidak faham apa itu Autism.

“Saya harap mereka lebih terbuka menerima keluarga yang mempunyai anak istimewa ini,” akhirnya.

Untuk minggu kelima GV9, Pat akan berduet dengan Aepul Roza untuk lagu Babak Pertama yang dipopularkan oleh kumpulan Drama Band.

Saksikan Gegarvaganza 9 setiap hari Ahad jam 9 malam disiarkan secara langsung di Astro Ria, Ria HD dan Astro Go.

 

Oleh: Syahdeen