Paras Air Lembangan Sungai Melaka di Langkawi Capai Tahap Bahaya

Setakat jam 1 tengah hari tadi (16 Oktober), paras air di salah satu stesen sungai Lembangan Sungai Melaka di Langkawi, Kedah telah menunjukkan tahap bahaya.

paras air lembangan sungai melaka di langkawi capai tahap bahaya

Perkara itu dikongsikan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di Facebook beliau dengan berkata stesen Sungai Melaka di Bukit Kemboja telah mencapai paras air 8.91 meter.

paras air lembangan sungai melaka di langkawi capai tahap bahaya

Dua lagi stesen sungai yang mencapai paras amaran adalah Stesen Empangan Padang Saga dengan paras air mencecah 20.10 meter, manakala Stesen Sungai Melaka di Padang Matsirat mencecah 3.40 meter.

 

“Hati-hati dan sentiasa alert dengan info penting pihak berkuasa. Semoga Allah lindungi kita semua daripada bencana banjir buruk,” ujar beliau pada hantaran berkenaan.

Sebelum itu, beliau turut berkongsi amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di Perlis dan Kedah.

paras air lembangan sungai melaka di langkawi capai tahap bahaya

Sumber: Astro AWANI