Para Suami Tunjuk Skill Memasak Dalam Facebook Group Suami Masak Apa Hari Ini?

para suami tunjuk skill memasak dalam facebook group suami masak apa hari ini?

Semenjak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari tu dan ditambah dengan bulan Ramadan, banyak group masakan yang muncul. Antara yang menarik perhatian sehingga disebut oleh Perdana Menteri adalah Facebook Group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini?

Tapi, selepas tu muncul pula Facebook Group Suami Masak Apa Hari Ini?. Group ini didedikasikan kepada para suami dan bakal suami. Apa yang mencuit hati adalah kawalan ketat group itu. Admin group tu memang betul-betul menjaga keselamatan group itu. Sehingga hari ini group tersebut mempunyai 183,000 ahli dan kesemuanya adalah lelaki.

Perkongsian group tersebut juga sangatlah menarik. Dalam group tu, ramai orang menunjukkan skill masing-masing. Ada yang berkongsi resepi dan tak kurang juga yang meminta pandangan dan cadangan daripada ahli group akan menu sebagai juadah berbuka.

para suami tunjuk skill memasak dalam facebook group suami masak apa hari ini?

 Tapi apa yang paling menarik adalah positivity ahli group tersebut memang tak dapat nak disangkal lagi. Biarpun hanya menggoreng nugget segera, namun post tersebut tetap dihujani dengan kata-kata positif. Support macam ni lah yang kita mahukan.

para suami tunjuk skill memasak dalam facebook group suami masak apa hari ini?

Group tersebut juga memaparkan bahawa lelaki pun boleh masak. Walaupun ada yang tak menjadi, namun effort tu yang penting. Haa jadi jangan pandang rendah pada kaum lelaki, ya! Muka mungkin nampak ganas, tapi sekali pegang sudip, terkedu lah korang merasa masakan tu.