Semenjak dua menjak ni terdapat suara-suara yang menyatakan bahawa mereka gagal dalam permohonan BPN.
Jangan risau dan khuatir kerana korang masih ada masa sehingga 31 Mei ini. Bagi mereka yang kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan, korang kena bawa dokumen sokongan sebagai bukti kepada perkara tersebut.
Bawa dokumen-dokumen tersebut ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan dan kemukakan rayuan di sana. Semua cawangan LHDN akan dibuka mulai 11 dan 12 Mei ini mengikut negeri masing-masing.
Selain itu, LHDN turut melaporkan mereka menerima 240,465 permohonan BPN daripada pelajar sepenuh masa. Walhal, mereka ini tidak layak kerana telah menerima bantuan sebagai pelajar sebanyak RM200.
Sumber: Astro Awani