Pakej PRIHATIN: Rayuan BPN Dilanjutkan Sehingga 31 Mei

pakej prihatin: rayuan bpn dilanjutkan sehingga 31 mei

Korang dah semak ke status Bantuan Prihatin Nasional (BPN) korang? Kalau belum sila lah lakukan segera. Ini kerana kalau status korang gagal dan korang merasakan layak, masih ada peluang untuk korang disebabkan tempoh rayuan dilanjutkan sehingga 31 Mei ini.

Jadi, untuk memudahkan proses rayuan, korang boleh ke pejawab LHDN berdekatan kerana LHDN akan memulakan operasi pada 11 Mei atau 12 Mei ini mengikut hari bekerja di negeri masing-masing.

Tapi, kalau korang rasa tak nak bersesak dekat pejabat LHDN ada cara lain. Korang boleh e-mel kepada LHDN terus di rayuanbpn@hasil.gov.my.

So, jangan tunggu lama-lama. Ada masa tu terus je buat rayuan, ok? Sebarkan kepada mereka yang gagal juga.

Sumber: Astro Awani


 

ARTIKEL BERKAITAN