Pakej PRIHATIN: Mi Kolok Haji Salleh Jadi Tumpuan

pakej prihatin: mi kolok haji salleh jadi tumpuan

Sewaktu membentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Perdana Menteri ada memberi beberapa contoh bagi memahami para rakyat.

Antara yang disebutnya ialah Mi Kolok Haji Salleh. Impaknya sangat besar apabila permintaah orang ramai daripada kedai itu kian bertambah berbanding waktu biasa. Restoran yang terletak di Kuching itu telah beroperasi semenjak 1995.

Pengurus Restoran tersebut, Faridah Salleh berkara dia sangat terkejut apabila nama restoran yang diwariskan oleh ayahnya telah disebut oleh Perdana Menteri.

"Saya dapat panggilan telefon pada pukul 4 petang daripada pelanggan restoran kami. Dia memberitahu Tan Sri Muhyiddin Yassin ada sebut Mi Sapi Haji Salleh. Saya pun terkejut dan melahirkan kebimbangan apa salah restoran kami... adakah disebabkan kami beroperasi pada musim Perintah Kawalan Pergerakan. 

"Saya masih lagi bingung, kerana kami tiada hutang dengan kerajaan. Tetapi apabila melihat siaran ulangan saya terkejut dan gembira apabila restoran kami dijadikan contoh," katanya ketika ditemui AWANI Sarawak baru-baru ini.

Bermula dari itu, para pekerja sibuk menyediakan tempahan daripada para pelanggan yang diterima melalui WhatsApp.

Sumber: Astro Awani