Pakej PRIHATIN Mengurangkan Kadar Pengangguran- MIER

pakej prihatin mengurangkan kadar pengangguran- mier

Semenjak terjadinya wabak COVID-19, kita dapat lihat terlalu banyak syarikat yang tidak dapat beroperasi. Akibatnya mereka telah mengalami kerugian dna terpaksa mengurangkan kos. Perkara tersebut memberi impak yang besar kepada kadar pengangguran.

Berdasarkan Pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Tan Sri Dr Kamal Salih, apabila PKP dilaksanakan pada 18 Mac yang lalu, MIER telah menjalankan kajian dan menjangkakan kadar pengangguran terburuk iaitu sebanyak 24 juta pekerja.

Namun, selepas dikaji semula oleh pihak MIER kadar tersebut dapat dikurangkan melalui rangsangan ekonomi Prihatin sebanyak 1.4 juta.

Sumber: Astro Awani