Pakej PRIHATIN: Guna e-Wallet Je, Tak Payah Beratur Dekat ATM

pakej prihatin: guna e-wallet je, tak payah beratur dekat atm

Baru-baru ni kan Perdana Menteri dah umumkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPN) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Jadi, setiap golongan yang terpilih seperti B40 dan M40 layak menerima bantuan tersebut.

Ok, kami just nak kongsikan dengan korang satu perkara iaitu, kalau korang ada e-wallet sebaiknya gunakan e-wallet.

Bukan apa, dengan cara ni kita dapat mengurangkan orang dekat ATM. Top up je e-wallet korang dengan menggunakan duit bantuan tu. Lagipun, sekarang ni banyak dah kedai dan pasar raya yang menggunakan kaedah pembayaran e-wallet.

Lagi satu yang best, kebanyakkan e-wallet ada point. Jadi, kalau korang collect point boleh lah tebus mata ganjaran tu nanti. Dah berjimat.

Sekarang ni ada macam-macam jenis e-wallet. Korang download je yang mana korang berkenan. Maka, tak perlu dah nak beratur dekat ATM untuk keluarkan duit. Risiko untuk terkena COVID-19 pun berkurang.

ARTIKEL BERKAITAN