Pakej PRIHATIN: Kalau Tak Ada Akaun Bank Atau Gagal Kredit Boleh Ke BSN

pakej prihatin: kalau tak ada akaun bank atau gagal kredit boleh ke bsn

Kerajaan dah pun mula menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada mereka yang telah layak. Secara normalnya, kalau korang dah lulus boleh je keluarkan duit.

Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank ataupun bayaran BPN gagal dikreditkan ke dalam akaun, korang bileh pergi ke Bank Simpanan Nasional untuk menerima bayaran.

Apa yang korang perlu bawa hanyalah kad pengenalan masing-masing. Bagaimanapun, kalau macam tak terdesak tak perlu lah pergi sebab korang boleh claim duit tu sehingga 31 Disember tahun ini.

Kalau pergi ke BSN tu, pastikan jaga penjarakan sosial dan sebolehnya jaga kebersihan.


pakej prihatin: kalau tak ada akaun bank atau gagal kredit boleh ke bsn