Pakej PRIHATIN: Enam Daripada 10 Langkah Sudah Dilaksanakan- Menteri Kewangan

pakej prihatin: enam daripada 10 langkah sudah dilaksanakan- menteri kewangan

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan bahawa kerajaan telah melaksanakan enam daripada 10 langkah di bawah Pakej PRIHATIN. Baki empat langkah lagi akan dilaksanakan bermula Mei ini.

Antara enam langkah yang dilaksanakan ialah moratorium bayaran pinjaman institusi, i-Lestari KWSP, subsidi upah yang dilaksanakan oleh PERKESO, pengurangan kadar minimum caruman pekerja KWSP dan Bantuan PRIHATIN Nasional berjumlah RM 10 bilion.

“Perancangan empat lagi langkah utama yang bernilai RM66 bilion atau 25 peratus daripada keseluruhan nilai Pakej PRIHATIN akan mula dilaksanakan menjelang 1 Mei 2020.” Kata Menteri Kewangan.

Empat langkah seterusnya adalah kemudahan skim jaminan pinjaman oleh Danajamin (RM50 bilion), Program Khidmat Rundingan Majikan oleh KWSP bagi membantu memberi penjimatan aliran tunai majikan (RM10 bilion), Projek Kerajaan berskala kecil untuk memanfaatkan kontraktor kecil (RM4 bilion) dan Geran PRIHATIN Khas untuk PKS mikro (RM2.1 bilion).

Sumber: Astro Awani