Pakej PRIHATIN: Bayaran Secara Tunai Untuk Yang Tak Ada Akaun Bank Sehingga 31 Disember

pakej prihatin: bayaran secara tunai untuk yang tak ada akaun bank sehingga 31 disember

Bantuan Prihatin Nasional akan memasuki fasa kedua. Menurut kerajaan, mereka akan melakukan bayaran kepada mereka yang layak bermula 4 Mei ini.

Bagaimanapun, kepada mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal kredit korang kena ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendapatkan bayaran secara tunai.

Tapi, jangan gusar atau khuatir kerana bayaran secara tunai ini akan dilakukan oleh pihak BSN sehingga hujung tahun ni iaitu pada 31 Disember. Kiranya, tak perlu lah korang bersesak sekarang.

Namun, sebelum korang pergi beratur di BSN tu lebih baik korang buat semakan terlebih dahulu di beberapa laman web seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri - http://www.hasil.gov.my atau Bantuan Sara Hidup (BSH) -https://bsh.hasil.gov.my dan Kementerian Kewangan Malaysia - https://www.treasury.gov.my sebelum hadir di mana-mana cawangan BSN.

Sumber: Astro Awani