Sebelum ini pihak Bank Negara telah meluluskan RM5 bilion untuk Special Relief Fund (SRF) di bawah rangka Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (Prihatin) untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana.
Bagaimanapun, jumlah tersebut masih tidak mampu menampung 20,000 permohonan yang telah diluluskan dan Bank Negara telah menambah nilai berjumlah RM10 bilion.
Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunos, permintaan untuk SRF oleh PKS sangat memberangsangkan.
“Susulan peningkatan tinggi, BNM telah meningkatkan saiz SRF sebanyak RM5 bilion lagi bagi memenuhi permintaan yang telah diluluskan institusi kewangan terlibat,” kata Shamsiah dalam sidang media khas dalam talian pada Rabu.
Selain itu, dengan jumlah yang diperuntukkan BNM menjangkakan dapat menyelamat 200,000 pekerjaan.
Sumber: Astro Awani