Semenjak Pakej Prihatin rakyat dilaksanakan sudah 96.8 peratus telah menerima manfaat. Statistik ini dikeluarkan berdasarkan Survei Khas Kesan COVID-19 kepada Ekonomi dan Individu (Pusingan 2). Peratus tersebut mewakili 40,076 responden yang telah menjalankan survey itu.
Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pula telah menyatakan bahawa 68.2 peratus responden telah menerima tiga bentuk bantuan, 13.9 peratus menerima dua bantuan dan 17.9 peratus menerima satu bantuan.
Hasil kajian itu diperoleh dan dijalankan secara dalam talian bermula 10 hingga 24 April berdasarkan empat modul iaitu umum, pekerjaan, corak kehidupan dan pendidikan. Survei itu juga mengandungi 36 soalan.
Jadi, untuk yang masih belum terima apa-apa manfaat sabar ya. Giliran korang akan menyusul.
Sumber: Astro Awani